Ahad, 6 Mei 2012

Letih betul hari ni..balik saja Kayuhan Santai Tapah tgh tadi..aku terus basuh kereta..layan fb dan upload gambar-gambar hari ni untuk kawan-kawan..lepas sembahyang zuhur...aku terus tidur..sedar-sedar dah dekat 6 petang...lama betul tidur ptg ni..dah lama tak sempat nak lena waktu petang....kalau hari biasa memang tak sempat nak tidur waktu petang.sibuk menguruskan anak-anak yang sekolah pagi dan petang..jam 6 petang baru buleh berada di rumah.

Khamis, 26 Januari 2012

Lama rasanya tidak 'update' blog ini......Sejak kesibukan menjaga awrah ayahanda walaupun sekejap rasanya bermula dari tarikh 23 November 2011 hingga ke saat kematiannya pada 08 Januari 2012 bersamaan 15 Safar 1433H. Setelah 48 hari sakit tenat bermula daripada jatuh/rebah di dalam kolam ikan dan lemas. Paru-paru yang dijangkiti kuman akibat kejadian lemas tersebut... mungkin itu sebagai penyebab kepada ayahanda untuk menemui Allah S.W.T. Ayahanda pergi buat selama-lamanya.....Segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya dan pasrah terhadap apa jua ketentuan itu.

Doa menghindar catatan keburukan

Nabi Muhammad S.A.W pernah menganjurkan barang siapa yang tidak ingin amal keburukannya dihisap serta catatan amal buruknya dilihatkan di muka khalayak ramai....

" Ya Allah, sesungguhnya ampunan dari-Mu lebih aku harapkan daripada amalku, sesungguhnya rahmat-Mu lebih luas daripada dosaku. Ya Allah, bila aku bukan ahli untuk sampai kepada rahmat-Mu, maka rahmat-Mu sepatutnya dapat sampai kepadaku, kerana sesungguhnya rahmat-Mu itu meliputi segala sesuatu, wahai Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."