Jumaat, 28 Oktober 2011

Bahasa Melayu Penulisan

BAHAGIAN 2 BAHASA MELAYU PENULISAN (KERTAS 2)

Bahagian A
(Memindahkan maklumat berdasarkan bahan grafik)
Meneliti dan memahami bahan grafik
Mengecam dan menyenaraikan kata kerja yang berkaitan bahan grafik.
Melengkapkan ayat.
Membina lima ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik.

BAHAGIAN B
(Menulis karangan lengkap)
Membaca dan memahami kehendak soalan.
Mengenal pasti jenis karangan sama ada berformat atau tidak berformat.
Membaca contoh karangan lengkap seperti yang terdapat dalam lampiran
Bersoal jawab dengan murid bagi menjana idea tentang tajuk karangan.
Menyusun isi-isi penting mengikut urutan.
Melengkapkan ayat.
Membina peta minda atau rangka karangan.
Menulis karangan lengkap.

BAHAGIAN C ( Membuat ulasan )
Membaca dan memahami kehendak soalan sama ada nilai murni pengajaran atau amalan baik.
Membaca dan memahami petikan.
Mengecam dan menggaris kata kunci untuk menentukan nilai murni pengajaran atau amalan baik.
Menyenaraikan nilai murni pengajaran atau amalan baik.
Melengkapkan ulasan dengan nilai murni pengajaran atau amalan baik.
Menyesuaikan ayat dengan nilai murni pengajaran atau amalan baik.
Membuat ulasan lengkap tentang nilai murni pengajaran atau amalan baik dalam satu perenggan.