Khamis, 8 Disember 2011

CONTOH SOALAN PEMAHAMAN ( TEKS )

CONTOH SOALAN PEMAHAMAN ( TEKS )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar,guru-guru dan ibu bapa sekalian.Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat bertemu lagi pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 15.Kehadiran ibu bapa pada kali ini amatlah membanggakan.Hal ini menunjukkan bahawa ibu bapa telah faham tentang perlunya hubangan rapat dengan pihak sekolah.Saya berharap agar jumlah kehadiran tuan puan akan meningkat pada masa-masa akan dating.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru sekolah ini kerana telah berusaha dengan gigih untuk mendidik anak-anak kami.Kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar sekolah ini dalam semua bidang amatlah membanggakan.

Saya menyarankan agar ibu bapa janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab mendidik anak-anak kita kepada guru semata-mata.Banyak perkara yang dapat kita buat untuk meringankan bebanan mereka.Misalnya,kita boleh membantu menceriakan sekolah.Suasana persekitaran sekolah yang menarik akan memberi rangsangan dan keselesaan kepada murid-murid untuk belajar.Oleh itu,masalah ponteng sekolah mungkin akan berkurangan.Kos dan kerja-kerja menceriakan kawasan sekolah ini akan dibiayai oleh pihak PIBG.

Lantaran itu,saya merayu kepada ibu bapa supaya menyumbangkan sedikit tenaga dan wang ringgit demi kebaikan sekolah.Adalah mustahil bagi kita untuk mendapatkan hasil yang baik tanpa membuat sedikit pengorbanan.Harapan saya agar hal ini mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak.

Sekian,terima kasih.

1. Apakah maksud rangkaikata kehadiran ibu bapa pada kali ini amat

membanggakan?

A berasa bangga kerana kehadiran ibu bapa

B berbangga dengan jumlah kehadiran ibu bapa

C kesemua ibu bapa berasa bangga kerana dapat hadir

D sebelum ini tiada ibu bapa yang hadir.

Komen jawapan:

Jawapan B - Jawapan bagi soalan ini mempunyai maksud tersirat.Perkara yang membanggakan bukan sekadar kehadiran ibu bapa malah jumlah kehadiran mereka sendiri.

Jawapan A - Kurang tepat kerana pada setiap kali mesyuarat pasti ada ibu bapa yang hadir.

Jawapan C - tidak tepat kerana bukan ibu bapa yang berbangga.

Jawapan D - terpesong

  1. Mengapakah keceriaan sekolah perlu dipertingkatkan?

A untuk mengeluarkan para pelajar yang bijak

B untuk membuktikan kerjasama antara PIBG dengan pihak sekolah

C supaya bebanan guru-guru berkurangan

D supaya para pelajar lebih selesa untuk belajar

Komen jawapan:

Jawapan D – dapat terus daripada petikan ( perenggan tiga )

  1. Apakah peribahasa yang sesuai untuk rangkaikata adalah mustahil bagi kita untuk mendapatkan hasil yang baik tanpa membuat sedikit pengorbanan.

A hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih

B bagai aur dengan tebing

C bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

D bagai menatang minyak yang penuh

Komen jawapan:

Jawapan C – Peribahasa ini memang tepat maksudnya kerana segala susah payah biasanya akan ditempuh terlebih dahulu sebelum seseorang menikmati kesenangan.

  1. Berikut adalah harapan orang yang berucap dalam petikan kecuali

A ibu bapa perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak

sekolah.

B ibu bapa perlulah menyumbang dari segi masa,tenaga dan wang

ringgit untuk kebaikan sekolah.

C ibu bapa perlulah bersama-sama mengindahkan kawasan sekoah.

D meminta tenaga pengajar menggandakan usaha bagi memastikan

kejayaan anak-anak.

Komen jawapan:

Jawapan D – jawapan dapat diperolehi dengan membaca keseluruhan petikan.

Jawapan A,B dan C – merupakan harapan pengucap

  1. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan teks ini ?

A Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah demi kejayaan

anak-anak mereka.

B Sekolah ini pasti akan dapat mengekalkan kecermelangannya pada

masa-masa akan datang.

C Tanggungjawab mendidik anak-anak bukannya terletak kepada guru

tetapi pada ibu bapa.

Komen jawapan:

Jawapan A – Jawapan ini tepat kerana merumus keseluruhan maklumat petikan.

Jawapan B dan C – tidak tepat kerana tiada dalam petikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan