Jumaat, 4 November 2011

Ingatan Buat Diriku

01-09 Zulhijjah
Disunat berpuasa....

08 Zulhijjah
Hidupkan malam dengan beribadat sunat.

09 Zulhijjah
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji.
Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
Solat pada awal waktu...jadilah ianya amalan harian hendaknya.
Solat sunat qabliah Asar.
Selepas solat asar - Baca surah Yasin 3 kali.
Membaca Laillahaillah wahdahula.....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali
(bermula dari Asar - Isyak boleh sambung) - Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
Solat sunat qabliah dan ba'diyah maghrib.
Selepas solat maghrib -solat sunat awwabin 6 rakaat( 3 salam) Fadhilatnya penghapusan dosa.....jadikannya amalan.
Solat sunat tasbih pada malamnya.
Solat sunat hajat.
Berdoa dengan doa Nabi Adam A.S iaitu ROBBANA ZOLAMNA AMFHUSANA...... 50 kali.

10 Zulhijjah
Solat sunat Aidil Adha
membaca takbir dan tahmid

11, 12 & 13 Zulhijjah
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat dan takbir selepas solatwaktu.

Amalan Di Bulan Zulhijjah

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. telah menerangkan tentang fadilat puasa di bulan Zulhijjah iaitu:

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam a.s. telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampuni oleh Allah.

Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka pahalanya sama seperti ia berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seolah tidak pernah melakukan maksiat walau sedikitpun.

Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar ia dari kefakiran dan kemelaratan dan di hari kiamat ia akan dimasukkan dalam golongan yang terhormat.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu terlepas ia dari sifat munafik dan dari siksa kubur.

Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu kebajikan untuk nabi-nabiNya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat serta terlepas ia dari azab.

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dikuncikan oleh Allah 30 pintu kesulitannya dan dibukakan 30 pintu kemudahan.

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu datang dari Allah atau syaitan. Hari itu dinamakan dengan ‘Tarwiyah’ (hari berfikir) oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diberi oleh Allah pahala yang tidak terhitung banyaknya hanya Allah sahaja mengetahui.

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu hari itu dikenali dengan nama ‘Arafah’ (hari tahu). Sesiapa yang berpuasa hari itu akan diampunkan oleh Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Tanggal 10 Zulhijjah adalah hari raya Aidil Adha (hari korban) juga dikenali dengan nama hari ‘Nahar’ (menyembelih). Sesiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban dan pada setiap titisan dari yang mengalir dari leher haiwan tersebut Allah akan mengampuni dosanya dan dosa ahli kaum keluarganya (haram berpuasa pada hari ini).

Sunat bersedekah kepada kaum fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari itu dengan satu sedekah maka akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat dari bukit Uhud.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti:
Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika inya tidak terlalu jauh.
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat ‘Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malam pertama awal Muharram.