Khamis, 8 Disember 2011

Slaid Penulisan

https://docs.google.com/present/edit?id=0AUH85-rfpJA_ZGd3ZnYzd3JfMGM3bWZqaGY0

CONTOH SOALAN PEMAHAMAN ( TEKS )

CONTOH SOALAN PEMAHAMAN ( TEKS )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar,guru-guru dan ibu bapa sekalian.Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat bertemu lagi pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 15.Kehadiran ibu bapa pada kali ini amatlah membanggakan.Hal ini menunjukkan bahawa ibu bapa telah faham tentang perlunya hubangan rapat dengan pihak sekolah.Saya berharap agar jumlah kehadiran tuan puan akan meningkat pada masa-masa akan dating.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru sekolah ini kerana telah berusaha dengan gigih untuk mendidik anak-anak kami.Kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar sekolah ini dalam semua bidang amatlah membanggakan.

Saya menyarankan agar ibu bapa janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab mendidik anak-anak kita kepada guru semata-mata.Banyak perkara yang dapat kita buat untuk meringankan bebanan mereka.Misalnya,kita boleh membantu menceriakan sekolah.Suasana persekitaran sekolah yang menarik akan memberi rangsangan dan keselesaan kepada murid-murid untuk belajar.Oleh itu,masalah ponteng sekolah mungkin akan berkurangan.Kos dan kerja-kerja menceriakan kawasan sekolah ini akan dibiayai oleh pihak PIBG.

Lantaran itu,saya merayu kepada ibu bapa supaya menyumbangkan sedikit tenaga dan wang ringgit demi kebaikan sekolah.Adalah mustahil bagi kita untuk mendapatkan hasil yang baik tanpa membuat sedikit pengorbanan.Harapan saya agar hal ini mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak.

Sekian,terima kasih.

1. Apakah maksud rangkaikata kehadiran ibu bapa pada kali ini amat

membanggakan?

A berasa bangga kerana kehadiran ibu bapa

B berbangga dengan jumlah kehadiran ibu bapa

C kesemua ibu bapa berasa bangga kerana dapat hadir

D sebelum ini tiada ibu bapa yang hadir.

Komen jawapan:

Jawapan B - Jawapan bagi soalan ini mempunyai maksud tersirat.Perkara yang membanggakan bukan sekadar kehadiran ibu bapa malah jumlah kehadiran mereka sendiri.

Jawapan A - Kurang tepat kerana pada setiap kali mesyuarat pasti ada ibu bapa yang hadir.

Jawapan C - tidak tepat kerana bukan ibu bapa yang berbangga.

Jawapan D - terpesong

  1. Mengapakah keceriaan sekolah perlu dipertingkatkan?

A untuk mengeluarkan para pelajar yang bijak

B untuk membuktikan kerjasama antara PIBG dengan pihak sekolah

C supaya bebanan guru-guru berkurangan

D supaya para pelajar lebih selesa untuk belajar

Komen jawapan:

Jawapan D – dapat terus daripada petikan ( perenggan tiga )

  1. Apakah peribahasa yang sesuai untuk rangkaikata adalah mustahil bagi kita untuk mendapatkan hasil yang baik tanpa membuat sedikit pengorbanan.

A hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih

B bagai aur dengan tebing

C bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

D bagai menatang minyak yang penuh

Komen jawapan:

Jawapan C – Peribahasa ini memang tepat maksudnya kerana segala susah payah biasanya akan ditempuh terlebih dahulu sebelum seseorang menikmati kesenangan.

  1. Berikut adalah harapan orang yang berucap dalam petikan kecuali

A ibu bapa perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak

sekolah.

B ibu bapa perlulah menyumbang dari segi masa,tenaga dan wang

ringgit untuk kebaikan sekolah.

C ibu bapa perlulah bersama-sama mengindahkan kawasan sekoah.

D meminta tenaga pengajar menggandakan usaha bagi memastikan

kejayaan anak-anak.

Komen jawapan:

Jawapan D – jawapan dapat diperolehi dengan membaca keseluruhan petikan.

Jawapan A,B dan C – merupakan harapan pengucap

  1. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan teks ini ?

A Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah demi kejayaan

anak-anak mereka.

B Sekolah ini pasti akan dapat mengekalkan kecermelangannya pada

masa-masa akan datang.

C Tanggungjawab mendidik anak-anak bukannya terletak kepada guru

tetapi pada ibu bapa.

Komen jawapan:

Jawapan A – Jawapan ini tepat kerana merumus keseluruhan maklumat petikan.

Jawapan B dan C – tidak tepat kerana tiada dalam petikan.

Bahasa Melayu Pemahaman

BAHASA MELAYU

KERTAS 1 (PEMAHAMAN)

FORMAT KERTAS

1. Kertas ini terbahagi kepada dua bahagian:
a) kemahiran bahasa
b) kemahiran membaca dan memahami

2. Jenis soalan : Aneka pilihan – 3 pilihan jawapan (A,B,C)
atau 4 pilihan jawapan (A,B,C,D)

3. Bilangan soalan – 40 soalan
30 soalan tatabahasa ( 30 soalan pertama)
10 soalan pemahaman (10 soalan kedua)
(2 petikan / jadual/iklan / dll) – 5 soalan setiap petikan


FORMAT SOALAN KEMAHIRAN BAHASA

1. Soalan- soalan yang dinilai dalam kemahiran bahasa :
a) aspek kata (morfologi)
b) aspek ayat ( sintaksis)
c) sistem ejaan
d) kosa kata
e) peribahasa

2. Bahagian Morfologi
a) Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
- penggunaan kata kerja atau kata adjektif, simpulan bahasa, kata ganda,
imbuhan, penjodoh bilangan/kata bilangan, penanda wacana,
kata hubung,kata sedi nama.
b) Mencari maksud perkataan berlawan dan seerti.

3.Bahagian Sintaksis
c) Penggunaan ayat tanya(diberi jawapan / peryataan)
d) Penggunaan jawapan (diberi ayat Tanya)
e) Memilih ayat sama maksud
f) Memilih ayat betul
g) Penggunaan perkataan yang betul
h) Kata banyak makna
i) Memilih peribahasa yang betul


PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

1. Dua petikan pemahaman pelbagai jenis dikemukan
2. Setiap petikan diikuti 5 soalan pemahaman.
3. Soalan-soalan yang biasanya dikemukakan:
a) pemahaman tentang fakta, isi-isi penting, urutan peristiwa dan merumus tajuk.
b) Maksud perkataan atau rangkaikata
c) Maksud peribahasa atau simpulan bahasa
d) Soalan-soalan yang ada kaitan dengan Matematik dan sains
e) Aspek nilai yang terdapat dalam petikan

4. Soalan-soalan yang dikemukakan mempunyai pelbagai aras:
a) aras pengetahuan
b) aras pemahaman
c) aras analisis
d) aras kritis

STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

1. Membaca petikan dengan teliti – ayat demi ayat / perenggan demi perenggan
2. Bacaan dengan pantas untuk:
a) memahami petikan
b) mencari maklumat dan isi-isi penting
c) memahami jadual/ rajah dsb.
d) Mencari nilai, sikap,watak,dalam petikan.
e) Kenal pasti watak dan jalan cerita.

2. Baca dan fahami kehendak soalan.
3. Pastikan tidak terperangkap dengan teknik penyoalan – kata kecuali,tidak benar dan bukan.
4. Garisi kata kunci soalan dan jawapannya.
5. Teliti jawapan pilihan yang lain – agar jawapan yang dipilih benar-benar menepati jawapan.
6. Potong jawapan yang tidak tepat.
7. Jangan menjawab bersandarkan pemahaman sendiri – rujuk teks
8. Soalan berbentuk tersirat dan pendapat perlu mencari jawapan yang paling tepat dan logik.
9. Pahamkan petikan secara keseluruhan untuk menjawab soalan tema atau tajuk dan isi –isi penting.
10. Perlu bijak menguruskan masa untuk menjawab dua petikan pemahaman – 10 soalan
11. Jawab soalan yang mudah dahulu.