Isnin, 4 Julai 2011

Ahad

Pagi-pagi bersiap untuk ke UPSI, ada taklimat hari ni, sempat minum dan bersarapan dengan sekeping roti saja..nak cepat. Hujan turun dengan lebat pg ni..ramai kawan2 yang lewat tiba kerana hujan lebat. Taklimat sampai jam 11.30..MasyaALLah teruk betul perangai guru-guru yang dah tua ni..kalau di sekolah tu marah kat murid-murid tetapi situasi yang sama berlaku pada mereka bila suruh beratur..berebut mengalahkan murid.

Sabtu

Lepas je larian 1Malaysia , aku, isteri dan anak-anak ke Tanjung Malim..bermalam di rumah adik di Proton City. Sampai di sana hujan, Alhamdulillah dah beberapa hari tak hujan hujan..sejuk bumi Allah ni.sempat pula ke pasar malam beli nasi kerabu, nasi dagang utk anak-anak, dah lama tak makan nasi dagang tu...balik kg hari tu pun tak sempat nak jamah...